Jumaat, 17 Disember 2010

ULANGTAHUN KE-65 ,MOK TERSAYANG

Subuh tadi alarm talipon ku berbunyi....ehhh,alarm ape ahh...
rupa2nya hari ni ulangtahun mok aku yang ke-65.Sebenarnya aku dan keluargaku x pernah sambut pun arijadi untuk beliau.
Tarikh ini pun aku masukkan ketika lihat i/c mok ,untuk rujukan sms musim mengundi tahun lepas.
Ini pun secara diam2 je...
Sememangnya kami xraikan pon.Sebab mok aku x pernah nk sambut pun tetapi aku dapati mok aku ni tetap ingat brp umor dia sendiri,dihitung berpandukan tahun aje x detail sampai ke tarikh sebenor je lah....hahaha

N3 kli ni aku nok menyelami dan mengingati apa yang telah kami serta family jalani bersama MOK sepanjang hidup kami bersama.

Sejak aku dilahirkan aku dikenalkan kepadanya dengan panggilan 'mok' saje...dan ayah dengan panggilan 'pok'...x menarik kan....,hehe....tpi panggilan 'mok' inilah juga aku terapkan kepada setiap orang anak ku....,begitu juga untuk anak2 adik dan kakakku...


Nama mok aku boleh dikatakan menariklah jugok....NIK KHAMSAH BINTI NIK YUSOF
Bagi aku dari pandangan mata seorang anak rupa parasnya boleh dikatakan cantiklah berbanding dari adik 2 perempuannya yang lain....(sepatutnya lah pujikan mok sendiri hahaha...) kalu orang nok kata sebaliknya no hal lah...huhuh...
rupa paras mok aku ni boleh dikatakan jatuh titih menitih byak sangatlah kepada rupa aku ...orang ramai katalah.....hahaha...sampaikan kakak dan adik aku nok termuntah dengor...sambil gelak2 irihati.....semua mereka kata dok..dok..dok....gelihati aku tgok gelagat mereka....semua nak mengaku paras mereka lebih kepada mok...bukan masa kecik aje sampai ke besor kami nok berebut kasih sayang mok...tapi boleh dikatakan akulah yang paling kuat mengalahhh....aku anok tengoh biasa lah...sedikit tersisih.....tapi mujor banyok sifat2 mok aku ada pada ku...cewahhh..


MOK...emmmmm....beliau sangat pandai memasak.....,aku dapati dari kecil sampai ke aku besor ia sentiasaaaa......aaa memasak.Kalau pergi kemana2 pun beliau selalu aje bawa balik sebarang resipi masakan yang menarik,dipraktikkan dan dikongsi dengan ank2...kebanyakan nya kuih muih tradisi kalau kuih moden adalah jugk asal kan x muok.Bak lauk-pauk lagilah terror...mana-mana tetamu yang datang dari merata ceruk negeri kerumah dan sempat merasa masakan air tangan mok, x boleh menafikan keenakkan masakannya,tapi xdelah promosikan dan x dikomersialkan...
Pernah pihak penyiaran mahukan mok demo kn kat tv.tapi, ditolak sebab sifat mok yang amat pemalu....byk jgk sifat ni diturunkan kepada 3 anak perempuannya.
Malu tetapi tegas.....haha...

TABAH....
ya mok aku seorang yang tabah...,tabah .Dugaan kecik2 byklah sgt..tapi yang besor2 byoklah jugok....PERTAMA: MENANGANI KARENAH SUAMI DAN ANAK
KEDUA: BERHADAPAN TANGUNGGJAWAB TERHADAP ADIK-ADIK BELIAU
(selaku sebagai anak paling sulong kepada 11 orang adik-beradik yang mempunyai pelbagai ragam)


aku rasakan x ilham dah nok bercerita pasal mok sebab baby faiz dh meragam nk tdo...ada masa aku sambung semula.....end setakat ni , bersambung......n3 ni aku terpaksa siarkan setakat ni dulu sebab bertepatan dengan tarikh ulang tahun ke-65 mok......,aku MENGDOAKAN AGAR ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KEPADA MOK AKU KESIHATAN YANG BAIK,HIDUP YANG SENTIASA DILIMPAHI SEGALA RAHMAT DI DALAM PERJALANAN KEHIDUPANNYA MAHU PUN AKHIRAT, DILIMPAHI REZEKI WALAU DIMANA SAJA MOK BERADA, JUGA BERBAHAGIA HENDAKNYA BERSAMA SUAMI ,AKU ,ADIK KAKOK,MENANTU CUCU-CUCU,SANAK SAUDARA,JIRAN2 DAN KAWAN TAULAN.....AMIN......

Ahad, 12 Disember 2010




resepi kek ini aku sudah cuba membuatnya,memang menjadi dan sedap sangat-sangat.....
tak ingat ambik dari blog siapa ,kerana terlalu banyak aku duk goggle tentang kek ini,

aku cuba resepi yang aku rasa paling mudah dan bahan-bahannya dah tersedia ada dalam dapur kecilku.....hehe...




KEK RED VELVET


BAHAN2:
1 cawan susu segar
1 camca teh "cider vinegar" (aku guna cuka makan bese je)
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (jgn penuh sgt kurangkan skit)
1/3 cawan minyak jagung
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla

CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal (aku guna cuka bese je), ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla dan bancuhan susu + cuka tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup (klu nk buat cupcake) @ loyang 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing2. Lagi sedap dimakan keesokkan hariny
Yang ini aku ceduk juga untuk simpanan dan rujukan akan datang,tak payah nak goggle kat halaman blog lain ,jimat masa ,jika resepi yang aku siarkan ini, empunyanya terbaca blog aku harap dihalalkanlah ya, ......resepi anda berikan sangat menjadi..






RED VELVET CAKE-MAGNOLIA BAKERY

* 3 ⅓ cawan tepung gandum (bukan diri-naik)
* ¾ cawan (1 ½ stick) mentega tawar, melunak
* 2 ¼ cawan gula
* 3 butir telur besar,
* 6 sudu makan (botol 2-28mL) pewarna makanan merah ~
* 3 sudu makan coklat tanpa pemanis
* 1 ½ sudu teh vanili ekstrak
* 1 ½ sudu teh garam
* 1 ½ cawan buttermilk
* 1 ½ sudu teh cuka sari
* 1 ½ sudu teh baking soda
Arahan
1. Panaskan oven ke 350 darjah.
2. Tempat kertas cupcake dalam tin.
3. Dalam mangkuk kecil, menapis tepung kek dan ketepikan. Dalam mangkuk besar, pada kelajuan medium mixer elektrik, yang krim mentega dan gula hingga sangat ringan dan lembut, sekitar 5 minit. Tambah telur, satu per satu, kocok selepas setiap tambahan. Langkah 3
4. Dalam mangkuk kecil, pemukul bersama pewarna makanan merah, koko, dan vanili. Tambah ke adunan dan kocok rata.
5. Dalam gelas ukur, aduk garam ke buttermilk. Tambah ke adunan dalam tiga bahagian, bergantian dengan tepung. Dengan penambahan masing-masing, kocok hingga bahan yang dimasukkan, tapi jangan terlalu panas.
6. Dalam mangkuk kecil, aduk bersama cuka sari dan baking soda. Tambah ke adunan dan kacau rata. Menggunakan spatula getah, mengikis ke adunan di dalam mangkuk, pastikan bahan tercampur rata dan adonan halus. Langkah 6
7. Bagi adunan antara cupcake liners disiapkan. Langkah 7
8. Panggang setiap dulang dari kuih selama 10 minit, atau hingga tusuk gigi dimasukkan ke pusat cupcake keluar bersih. Biarkan cupcakes sejuk di periuk selama 1 jam. Langkah
9. Es setiap cupcake dengan frosting krim keju. Nota Cepat

Rabu, 8 Disember 2010

5 is dah 10 bulan.


18 Disember,5 is genaplah 10 bulan.Sekarang ni dia cukup aktif merangkak, x rok aku nk kejo ..
Walker pon x nk masuk dh...,x smpai 1 minit letakkan dia dlm walker terus je merangkak kuor.....
bahaya klu cmni....mesti selalu di awasi...!! 5is2

5 is

Rabu, 10 November 2010

Selasa, 28 September 2010

Baru ku sedar....


sudah besar rupanya MUS....dalam perancangan aku nop wk majlis ulangtahun yang ke-3 anok keenam ku ini....
Semalam ...ketika kami sekeluarga asyik tgk TV,cerita lakonan JACKIE CHAN ,manakala lampu ruang dipadamkan.....kak ein mencuit bahuku...lalu menuding jari ke arah Mus...,rupanya dia sedang melayan perasaan sebak...kami diam2 cuba perhatikan lagak dia seterusnya...mulut kecilnyanya turut tercebik2 manakala kelopak matanya sudah digenangi airmata.Kami cuba menegurnya...dan bertanya kenapa ?Secara tiba2 tercetus tangisan yang kuat oleh MUS.....kami tertawa terbahak2 melihat reaksinya ketika itu...SENSITIVE upernya mus ni...BARU KE SEDAR....
adengan cite yang sangat mengharukan itu adalah babak dimana seorang bayi yang dalam misi untuk diselamatkan oleh dua orang hero..tapi terjatuh dari tempat yang tinggi...dan sebelum ending yang sebenarnya menunjukkan bayi comel itu mati kesejukan didalam bilik sejuk.....ketika itulah dia meraung sekuat2nya.......gelihati kami melihat lagaknya....aku memeluk tubuhnya dan dengan cepat ia memelukku dan geselkan air matanya yang mencurah2 keluar...

Ahad, 16 Mei 2010

Al-Fatihah



Takziah buat keluarga Cikgu Zakiah n famili,dengan permergian ke rahmatuallah ibu tersayang,kerana sakit tua.

Majlis tahlil dibuat selama tujuh hari.Aku menerima tempahan daripada famili Cikgu Zakiah pada hari ke-enam,membuat Karipap Pusing Daging,Karipap Ikan dan Cream Puff.