Jumaat, 17 Disember 2010

ULANGTAHUN KE-65 ,MOK TERSAYANG

Subuh tadi alarm talipon ku berbunyi....ehhh,alarm ape ahh...
rupa2nya hari ni ulangtahun mok aku yang ke-65.Sebenarnya aku dan keluargaku x pernah sambut pun arijadi untuk beliau.
Tarikh ini pun aku masukkan ketika lihat i/c mok ,untuk rujukan sms musim mengundi tahun lepas.
Ini pun secara diam2 je...
Sememangnya kami xraikan pon.Sebab mok aku x pernah nk sambut pun tetapi aku dapati mok aku ni tetap ingat brp umor dia sendiri,dihitung berpandukan tahun aje x detail sampai ke tarikh sebenor je lah....hahaha

N3 kli ni aku nok menyelami dan mengingati apa yang telah kami serta family jalani bersama MOK sepanjang hidup kami bersama.

Sejak aku dilahirkan aku dikenalkan kepadanya dengan panggilan 'mok' saje...dan ayah dengan panggilan 'pok'...x menarik kan....,hehe....tpi panggilan 'mok' inilah juga aku terapkan kepada setiap orang anak ku....,begitu juga untuk anak2 adik dan kakakku...


Nama mok aku boleh dikatakan menariklah jugok....NIK KHAMSAH BINTI NIK YUSOF
Bagi aku dari pandangan mata seorang anak rupa parasnya boleh dikatakan cantiklah berbanding dari adik 2 perempuannya yang lain....(sepatutnya lah pujikan mok sendiri hahaha...) kalu orang nok kata sebaliknya no hal lah...huhuh...
rupa paras mok aku ni boleh dikatakan jatuh titih menitih byak sangatlah kepada rupa aku ...orang ramai katalah.....hahaha...sampaikan kakak dan adik aku nok termuntah dengor...sambil gelak2 irihati.....semua mereka kata dok..dok..dok....gelihati aku tgok gelagat mereka....semua nak mengaku paras mereka lebih kepada mok...bukan masa kecik aje sampai ke besor kami nok berebut kasih sayang mok...tapi boleh dikatakan akulah yang paling kuat mengalahhh....aku anok tengoh biasa lah...sedikit tersisih.....tapi mujor banyok sifat2 mok aku ada pada ku...cewahhh..


MOK...emmmmm....beliau sangat pandai memasak.....,aku dapati dari kecil sampai ke aku besor ia sentiasaaaa......aaa memasak.Kalau pergi kemana2 pun beliau selalu aje bawa balik sebarang resipi masakan yang menarik,dipraktikkan dan dikongsi dengan ank2...kebanyakan nya kuih muih tradisi kalau kuih moden adalah jugk asal kan x muok.Bak lauk-pauk lagilah terror...mana-mana tetamu yang datang dari merata ceruk negeri kerumah dan sempat merasa masakan air tangan mok, x boleh menafikan keenakkan masakannya,tapi xdelah promosikan dan x dikomersialkan...
Pernah pihak penyiaran mahukan mok demo kn kat tv.tapi, ditolak sebab sifat mok yang amat pemalu....byk jgk sifat ni diturunkan kepada 3 anak perempuannya.
Malu tetapi tegas.....haha...

TABAH....
ya mok aku seorang yang tabah...,tabah .Dugaan kecik2 byklah sgt..tapi yang besor2 byoklah jugok....PERTAMA: MENANGANI KARENAH SUAMI DAN ANAK
KEDUA: BERHADAPAN TANGUNGGJAWAB TERHADAP ADIK-ADIK BELIAU
(selaku sebagai anak paling sulong kepada 11 orang adik-beradik yang mempunyai pelbagai ragam)


aku rasakan x ilham dah nok bercerita pasal mok sebab baby faiz dh meragam nk tdo...ada masa aku sambung semula.....end setakat ni , bersambung......n3 ni aku terpaksa siarkan setakat ni dulu sebab bertepatan dengan tarikh ulang tahun ke-65 mok......,aku MENGDOAKAN AGAR ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KEPADA MOK AKU KESIHATAN YANG BAIK,HIDUP YANG SENTIASA DILIMPAHI SEGALA RAHMAT DI DALAM PERJALANAN KEHIDUPANNYA MAHU PUN AKHIRAT, DILIMPAHI REZEKI WALAU DIMANA SAJA MOK BERADA, JUGA BERBAHAGIA HENDAKNYA BERSAMA SUAMI ,AKU ,ADIK KAKOK,MENANTU CUCU-CUCU,SANAK SAUDARA,JIRAN2 DAN KAWAN TAULAN.....AMIN......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan